ISU SEMASA MEDIA SOSIAL
Assalamulaikum.
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya. Di sini saya akan
membincangkan perihal berkaitan dengan isu semasa mengenai media sosial.
Penggunaan
media sosial seperti televisyen, radio, whatsapp, facebook, Twitter dan
sebagainya jika digunakan dengan baiknya akan memberi manfaat kepada
masyatakat. Namun begitu, perkembangan media sosial tersebut yang begitu pesat
hingga dapat dikuasai dengan pantas oleh anak muda termasuk yang berusia seawal empat tahun amat membimbangkan dan harus dikekang seawal dan serapi mungkin agar
gejala ini dapat dibendung. Orang dewasa ada juga yang terlalu menyalahgunakan
media sosial sehingga bergaduh dengan pasangan masing-masing. Oleh itu,
masyarakat harus bekerjasama dalam usaha mengekang budaya ini dari berleluasa.
Realitinya, situasi sebenar tidaklah seindah yang digambarkan. Mutakhir ini, kedengaran begitu ramai manusia yang cuba menggunakan anugerah pemberian tuhan ini untuk tujuan-tujuan yang kurang produktif. Dalam konteks ini, kes-kes penyalahgunaan media sosial oleh pengguna akaun semakin menjadi-jadi hinggakan ia sudah menjadi isu nasional. Oleh itu, pendekatan lebih holistik perlu diberi penekanan. Para pengguna media sosial perlulah mengelak daripada meletakkan tugas memantau media sosial kepada pihak berkuasa semata-mata dengan alasan ia adalah tugas mereka. Pada hemat penulis, sikap sebegini bukan sahaja “selfish” bahkan juga mencerminkan kedangkalan pengguna itu sendiri.
Hakikatnya, setiap pengguna mempunyai peranan tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Misalnya, jika ada pengguna yang ternampak sesuatu yang kurang elok dalam media sosial, maklumkan kepada pihak berkuasa untuk perhatian mereka. Bagi mereka yang tidak selesa berada di khalayak, mereka pula boleh membantu dengan memberikan tip atau info-info penting kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Tidak rugi pun untuk rakyat membantu pihak berkuasa malah adalah diyakini sumbangan-sumbangan yang diberikan ini amat membantu operasi pihak berkuasa.
Kesimpulannya, media sosial hanyalah medium perantaraan dan bukan punca permasalahan kepada trend penyalahgunaannya. Dalang utama di sebalik permasalahan ini terarah kepada pengguna itu sendiri. Natijahnya, salah guna media sosial boleh diatasi jika setiap pengguna tahu peranannya masing-masing dan tekad untuk melakukan perubahan.

No comments:
Post a Comment