Tuesday, 27 October 2015

ISU SEMASA MEDIA SOSIAL
Assalamulaikum. Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya. Di sini saya akan membincangkan perihal berkaitan dengan isu semasa mengenai media sosial.
    Penggunaan media sosial seperti televisyen, radio, whatsapp, facebook, Twitter dan sebagainya jika digunakan dengan baiknya akan memberi manfaat kepada masyatakat. Namun begitu, perkembangan media sosial tersebut yang begitu pesat hingga dapat dikuasai dengan pantas oleh anak muda termasuk yang berusia seawal empat tahun amat membimbangkan dan harus dikekang seawal dan serapi mungkin agar gejala ini dapat dibendung. Orang dewasa ada juga yang terlalu menyalahgunakan media sosial sehingga bergaduh dengan pasangan masing-masing. Oleh itu, masyarakat harus bekerjasama dalam usaha mengekang budaya ini dari berleluasa.
     Realitinya, situasi sebenar tidaklah seindah yang digambarkan. Mutakhir ini, kedengaran begitu ramai manusia yang cuba menggunakan anugerah pemberian tuhan ini untuk tujuan-tujuan yang kurang produktif. Dalam konteks ini, kes-kes penyalahgunaan media sosial oleh pengguna akaun semakin menjadi-jadi hinggakan ia sudah menjadi isu nasional. Oleh itu, pendekatan lebih holistik perlu diberi penekanan. Para pengguna media sosial perlulah mengelak daripada meletakkan tugas memantau media sosial kepada pihak berkuasa semata-mata dengan alasan ia adalah tugas mereka. Pada hemat penulis, sikap sebegini bukan sahaja “selfish” bahkan juga mencerminkan kedangkalan pengguna itu sendiri.
     Hakikatnya, setiap pengguna mempunyai peranan tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Misalnya, jika ada pengguna yang ternampak sesuatu yang kurang elok dalam media sosial, maklumkan kepada pihak berkuasa untuk perhatian mereka. Bagi mereka yang tidak selesa berada di khalayak, mereka pula boleh membantu dengan memberikan tip atau info-info penting kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Tidak rugi pun untuk rakyat membantu pihak berkuasa malah adalah diyakini sumbangan-sumbangan yang diberikan ini amat membantu operasi pihak berkuasa.
     Kesimpulannya, media sosial hanyalah medium perantaraan dan bukan punca permasalahan kepada trend penyalahgunaannya. Dalang utama di sebalik permasalahan ini terarah kepada pengguna itu sendiri. Natijahnya, salah guna media sosial boleh diatasi jika setiap pengguna tahu peranannya masing-masing dan tekad untuk melakukan perubahan.

Thursday, 15 October 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Saya ingin mengemukakan serba sedikit tentang gejala mat rempit di kalangan remaja kini. Kini, gejala rempit kian menjadi-jadi. Gejala  mat rempit boleh mendatangkan masalah kepada ketenteraman awam dan menambah bilangan korban jalan raya. Terdapat beberapa punca dan langkah dalam gejala ini.
           Antara puncanya ialah pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar ataupun dilihat di media massa kerana remaja lebih cenderung dengan sikap ingin mencuba. Oleh itu, remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.
            Seterusnya, puncanya ialah sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Jelaslah, sikap ibu bapa juga menjadi punca dalam gejala mat rempit ini.
          Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu  dilakukan untuk menangani masalah mat rempit. Antara langkahnya ialah masyarakat juga turut berperanan membendung gejala mat rempit. Sikap masyarakat yang saling mengambil berat permasalahan setempat akan mempengaruhi aktiviti mat rempit. Segala pergerakan mat rempit yang berlaku dalam masyarakat mesti diambil tindakanpencegahan dengan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa.
            Selain itu, langkah lain ialah media massa juga perlu memainkan peranan dalam membendung kegiatan mat rempit. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda manusia tidak dapat disangkal lagi. Media elektronik seperti televisyen pula boleh memainkan peranan dengan membuat iklan yang dapat memberikan kesedaran kepada remaja tentang keburukan gejala merempit dan lumba haram. Namun begitu, iklan-iklan dan kempen-kempen yang diadakan mestilah dipelbagaikan bentuk visualnya supaya dapat memberi kesedaran yang berpanjangan dan mendalam kepada mat rempit dan golongan remaja.     

             Seacara konklusinya, semua pihak perlulah terlibat dalam menangani gejala mat rempit ini daripada berleluasa yang akan memusnahkan negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu mewujudkan satu plan untuk menangani gejala mat rempit ini. Dengan usaha yang gigih, mampu membuat semua pihak tersenyum kelah hari.


Wednesday, 14 October 2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya ingin membincangkan kes-kes buli yang semakin berleluasa pada zaman sekarang. Oleh itu, saya akan membincangan serba sedikit mengenai kes-kes buli ini. Buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejek-mengejek, mengusik dan menghina.
            Oleh itu, menurut kajian kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya.”Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Justeru, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat pelbagai punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.
            Tambahan pula, kekurangan penghayatan nilai-nilai agama juga menjadi salah satu faktor yang besar dalam hal begini. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.
            Langkah untuk membendung kes buli ini ialah  memberi ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga perlu diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah supaya pelajar lebih aktif dalam hal ini. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
            Kesimpulannya, semua pihak mestilah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani kes-kes buli ini. Kita juga haruslah menempuhi segala cabaran serta rintangan yang akan berhadapan dengan kita ketika membendung kes-kes buli ini. Semoga berkat daya usaha gigih, kita dapat membendung kes-kes buli ini daripada berleluasa.

            

Thursday, 1 October 2015

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Di sini saya ingin mengemukakan isu semasa sosial yang semakin berleluasa sekarang. Hal ini melibatkan di kalangan remaja. Saya ingin mengemukakan serba sedikit perihal isu semasa sosial ini bukan tujuan untuk mengkritik mana-mana pihak, hal ini bertujuan untuk pembelajaran sahaja. Oleh itu, isu ini sangat membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa mereka, Isu ini sudah hangat diperkatakan di media massa. Remaja sekarang lebih inginkan kebebasan tanpa memikirkan kerisauan orang ramai. Oleh itu mereka lebih banyak ingin mencuba sesuatu benda yang lebih mencabar bagi mereka. Justeru, tidak mustahil seseorang remaja itu terjebak dalam sesuatu perkara yang tidak baik kerana mereka sudah tidak memikirkan kesan yang akan berlaku kelak.

Antara sebabnya berlaku isu sosial ini ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Oleh itu, sikap terpengaruh dengan rakan sebaya mampu membuat mereka terjerumus dalam masalah-masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang, Hal ini kerana, kebanyakkan remaja akan bosan bila berada di rumah dengan masa yang lama dan ibu bapa juga tidak menghiraukan mereka. Hal ini membuatkan mereka keluar untuk mencuba sesuatu benda yang lebih mencabar. Tambahan pula, dengan desakan rakan sebaya mampu membuat seseorang itu terpengaruh melakukan perkara-perkara diluar jangkaan. Misalnya, mengikut rakan sebaya pergi merokok, mengambil dadah, mencuri dan sebagainya. Jelaslah, pengaruh rakan sebaya juga mampu memberi impak negatif kepada seseorang remaja itu.

Seterusnya, sebab yang lain pula ialah kurang perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri. Dengan sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat hal anak-anak juga mampu membuat anak-anak kebosanan apabila berada di rumah. Hal ini kerana, ibu bapa mereka lebih sibuk dengan kerjaya masing-masing dan sibuk mengejarkan kemewahan dunia tanpa memikirkan hal anak-anak di rumah. Oleh itu, apabila remaja kurang mendapat kasih sayang yang secukupnya dan sering dibaikan oleh ibu bapa mereka, mereka akan bosan bila berada di rumah. Hal ini menyebabkan, remaja ini akan bertindak melakukan perbuatan yang tidak berfaedah untuk melepaskan kebosanan mereka itu. Jelaslah bahawa, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat hal anak-anak di rumah mampu menyebabkan rema bertindak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah-masalah sosial ini ialah mengenakan hukuman-hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka lakukan itu. Misalnya, pihak berkuasa haruslah memberi hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka itu supaya isu ini dapat dibendung dengan segera. Jika dibendung dengan secepatnya, isu ini tidaklah berleluasa sampai menimbulkan kerisauan semua pihak terutamanya ibu bapa mereka. Jelaslah, dengan adanya hukuman yang setimpal ini, mereka lebih takut untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah ini.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk membendung isu ini supaya tidak berleluasa. Dengan adanya kerjasama semua pihak, isu ini akan dapat dibanteras dengan secepat mungkin. Jika isu ini sudah dibanteras, masyarakat lebih selesa kerana tiada kerisauan yang mereka hadapi.