Thursday, 15 October 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Saya ingin mengemukakan serba sedikit tentang gejala mat rempit di kalangan remaja kini. Kini, gejala rempit kian menjadi-jadi. Gejala  mat rempit boleh mendatangkan masalah kepada ketenteraman awam dan menambah bilangan korban jalan raya. Terdapat beberapa punca dan langkah dalam gejala ini.
           Antara puncanya ialah pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar ataupun dilihat di media massa kerana remaja lebih cenderung dengan sikap ingin mencuba. Oleh itu, remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.
            Seterusnya, puncanya ialah sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Jelaslah, sikap ibu bapa juga menjadi punca dalam gejala mat rempit ini.
          Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu  dilakukan untuk menangani masalah mat rempit. Antara langkahnya ialah masyarakat juga turut berperanan membendung gejala mat rempit. Sikap masyarakat yang saling mengambil berat permasalahan setempat akan mempengaruhi aktiviti mat rempit. Segala pergerakan mat rempit yang berlaku dalam masyarakat mesti diambil tindakanpencegahan dengan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa.
            Selain itu, langkah lain ialah media massa juga perlu memainkan peranan dalam membendung kegiatan mat rempit. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda manusia tidak dapat disangkal lagi. Media elektronik seperti televisyen pula boleh memainkan peranan dengan membuat iklan yang dapat memberikan kesedaran kepada remaja tentang keburukan gejala merempit dan lumba haram. Namun begitu, iklan-iklan dan kempen-kempen yang diadakan mestilah dipelbagaikan bentuk visualnya supaya dapat memberi kesedaran yang berpanjangan dan mendalam kepada mat rempit dan golongan remaja.     

             Seacara konklusinya, semua pihak perlulah terlibat dalam menangani gejala mat rempit ini daripada berleluasa yang akan memusnahkan negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu mewujudkan satu plan untuk menangani gejala mat rempit ini. Dengan usaha yang gigih, mampu membuat semua pihak tersenyum kelah hari.


No comments:

Post a Comment