Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera. Saya ingin membincangkan kes-kes buli yang semakin berleluasa pada zaman sekarang. Oleh itu, saya akan membincangan serba sedikit
mengenai kes-kes buli ini. Buli merupakan satu
bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan
tujuan untuk menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk
fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau
mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejek-mengejek, mengusik dan
menghina.
Oleh itu,
menurut kajian kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam
kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya.”Jika tidak kerana angin masakan
pokok bergoyang”. Justeru, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai
puncanya. Terdapat pelbagai punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang
kepada masalah kes buli ini.
Tambahan pula,
kekurangan penghayatan nilai-nilai agama juga menjadi salah satu faktor yang
besar dalam hal begini. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan
perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka
semakin ketandusan nilai kemanusiaan.
Langkah untuk
membendung kes buli ini ialah memberi ceramah
atau kempen seperti kempen anti-buli juga perlu diadakan secara berterusan di
setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi
diri daripada gejala buli. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar
supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah supaya pelajar lebih aktif dalam hal
ini. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan
tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa
dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh
itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
Kesimpulannya,
semua pihak mestilah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani
kes-kes buli ini. Kita juga haruslah menempuhi segala cabaran serta rintangan
yang akan berhadapan dengan kita ketika membendung kes-kes buli ini. Semoga berkat
daya usaha gigih, kita dapat membendung kes-kes buli ini daripada berleluasa.
No comments:
Post a Comment